. about
. past
. links
. credits
.
Berita yang amat buruk!
Saturday, December 29
.السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Hi korang. Hm, Ateyn ada berita yang sangat-sangat buruk bagi Ateyn. *tarik nafas panjang* Hm, Ateyn tak tahu nak mulakan cerita macam mana. :/ Rasa nak menangis je sekarang ni. Hm, bismillahhirohmanirohim. Macam ni, mula-mula haritu Ateyn dapat masuk kelas 3B untuk tahun 2013. Iya, tak dinafikan yang Ateyn agak kecewa tapi bila dah lama-lama, Ateyn sudah boleh terima kenyataan. Tiba-tiba semalam, Ateyn buka Twitter. Rasa pelik sebab ramai yang cakap pasal ROMBAKKAN KELAS. Lepastu, tiba-tiba Izzati tanya nama betul Ateyn. Lepas beberapa minit Izzati kata Ateyn masuk kelas 3C. Ya Allah, masa itu juga air mata mula keluar. Rasa sedih yang teramat. Hm.
Bila dikfikir semula, macam Ateyn ni hidup sorang-sorang je. Macam tak ada sesiapa. Ya Allah, beraaaaaat dugaan kali ni. Ateyn sentiasa pujuk diri sendiri supaya tak sedih, tak menangis, tak takut tapi semua tu bertahan sekejap je. Ateyn rasa macam dah penat nak menangis tapi air mata ni sentiasa mengalir bila Ateyn teringat pasal rombakkan kelas itu balik. Wanna ask something! Siapa je yang boleh hidup tanpa bestfriend? Siapa siapa?! Hm, maaf kalau Ateyn bercakap seperti orang yang tak ada iman. Kadang-kadang, rasa dah putus asa tapi Allah melaknat orang yang berputus asa. Mungkin pada luaran diri Ateyn, menampakkan Ateyn ini kuat tapi hakikatnya Ateyn hanya seorang hambaNya yang sangat-sangat lemah.
Ateyn sentiasa fikir, macam mana Ateyn nanti bila dah masuk 2013? Macam mana Ateyn bila nak PMR? Macam mana Ateyn bila dalam kelas? Macam mana Ateyn? Macam mana? Pastinya Ateyn kena banggakan ib dah ayah. Hm, rasa seperti Ateyn hidup dalam dunia ni sorang-sorang. Tapi Ateyn tahu, Allah ada dan Allah tak nak Ateyn berputus asa dari jalanNya.
Inilah wajah yang akan menduduki PMR 2013.
Inilah antara murid yang bakal menduduki PMR 2013 iaitu batch 98' yang pastinya batch yang terakhir menduduki PMR. Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan kami. Semoga murid dari batch 98' akan berjaya dalam PMR 2013. Aamiin!
GOOD LUCK GUYS, BATCH 98'. ♥