. about
. past
. links
. credits
.
KEHIDUPAN YANG TIDAK MENENTU
Wednesday, October 3
Hi assalamualaikum. Maaf, lama dah tak update blog ni. *tiup habuk* Terlalu sibuk. Sebenarnya tak tahu tau nak buat entri apa dekat blog ni. Haha. Well, itulah Ateyn. Em, jadi korang apa khabar? Dah makan? Dah minum? Dah mandi? Dah tidur? Okay, soalan bodoh mungkin. Tak perlu jawab pun. *muka sakai*
Hari ini, 3 Oktober 2012 dan esok adalah hari yang sangat menggembirakan buat Ateyn, mungkin. Tarikh pada hari esok adalah bersempena dengan tarikh Ateyn dilahirkan oleh ibu pada tahun 1998. Okay, esok umur Ateyn dah mencecah 14 tahun. Yey! Haha. Masih nampak kebudak-budakkan disitu kan? Okay, esok Ateyn jadi matang. Hahaha. Iyalah, umur pun dah 14 tahun. Whuu, sedihnya dah tua. ;p
Hari ni adalah hari yang menyedihkan buat Ateyn. Mungkin disebabkan esok nak gembira jadi hari ini perlu sedih lah kot kan? Niat dihati nak bunuh diri tadi. Hahaha. Jk. Jk. Allah melaknat kita jika kita bunuh diri. Ingat! *pegang pisau* Okay, rileks rileks. Dan hari ini juga entah kenapa tiba-tiba sahaja demam. Okay, sebenarnya suka sangat demam-demam ni. Jadi esok tak perlu pergi sekolah. Hahaha.
Inilah hidup kan? Sekejap kita gembira, sekejap kita sedih. Jadi betul lah kata orang, kehidupan kita ni macam roda. Sekejap kita diatas dan sekejap kita dibawah. Tapi ingatlah, tidak semestinya kehidupan kita sentiasa diatas dan sentiasa dibawah. Allah itu maha adil. Senantiasa melakukan yang terbaik untuk kita semua iaitu hambaNya.
Harap-harap, esok Ateyn ada mood. Tak nak badmood tapi entahlah. Ateyn cuma terkilan dengan semua yang jadi. Haha. Tapi tak kisahlah, Ateyn ni mengada je lebih. Benda kecil pun sakai-sakai nak terasa bagai. Sakai kan Ateyn ni? *angguk kepala* Haa, betul lah itu.
Dan sekarang Ateyn menangis. Ya Allah. Haha. Okay-okay, i'll just need to stop crying. Everythings just fine. Haha. Eh eh, air mata ni. Berhentilah~ Okay, Ateyn kuat. Hahaha.What is happen to me now? Okay, i'm okay. Hanya berserah pada Allah. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin~
Berhenti disini sahaja lah. Tak larat pula jadinya. Happy birthday to me! Hahaha. Okay bye. Terima kasih baca entri kali ini walaupun sakai je sebenarnya Ateyn buat entri ni. Em, bye. Jaga diri. Assaamualaikum.
'EVEYYTHINGS HAPPEN FOR THEIR REASONS. SO, BACK OFF.'