. about
. past
. links
. credits
.
KUCING KESAYANGAN SAYA
Sunday, October 28
Assalamualaikum warga blogger. Hoho. *minta penampar* Rasa macam dah lama sangat tak update blog kita yang cococomel ni. *fliphair* Blog kita dah cococomel sekarang. Semua warna putih. Mesti sakit mata bila tengok kan? Haa, padan muka. Memang niat tak nak bagi orang baca entri dekat blog kita ni pun. Ha ha ha. *gelak jahat*
*omw back to KL*
Esok Ateyn exam. Haaaih. Nasib baik lagi berapa hari exam lepas itu freedom. Hahaha. Tapi malangnya tak freedom dari PMR dan SPM lagi. *lap air mata* Katanya batch 98' iaitu batch Ateyn last PMR. *muka bangga* Haha. Tapi taktahu lah. Takut fikirkan masa depan ni. Haaih. Okay, menampakkan Ateyn dah lari jauh dari tajuk. *berlari dengan muka yang penat* *berhenti berlari*
*when Cici sleep*
Okay, sebenarnya nak cerita pasal kucing kesayangan Ateeeeeeeeyn. Haa, nampak? Haha. Ateyn baru 3 atau 4 minggu tah bela kucing. Actually, kucing pakcik tapi ibu minta itu yang dapat. Hihi. Mula-mula family nak panggil dia nama 'Cheetah', lepastu nama 'Bella' dan lepastu nama 'Black' lah. Ateyn pening kepala dengan nama semua tu then terus Ateyn kata dekat ibu, 'Ibu, apa kata kita bagi nama 'Cici'?' Lepastu itu terus kata okay, sebab nama itu comel. Hahaha.
*fliphair* How cuteeeeee.
Jadi sampai sekarang kami satu family panggil dia Cici. Dia betina dan umur baru 3 bulan. Dia ni manja sangat-sangat. Suka tidur atas Ateyn dan adik Ateyn. 1 malam Ateyn satu family tinggalkan dia dekat rumah sebabnya Ateyn balik kampung. Balik je malam tadi, buka pintu Ateyn terus peluk dia. Rasa nak nangis masa itu. *muka terharu* Okay, Ateyn takboleh nangis, nanti jatuh maruah I ni. Hahaha. *fliphair*
*It's mineeeee*
Ibu dengan ayah tiba-tiba kata malam tadi, lepasni kalau nak pergi mana-mana kita bawa je Cici. Kesian dia duduk rumah. Malam tadi pun Cici taknak sangat dengan kitaorang. Ibu kata mesti dia merajuk. Hahaha. Comel je Cici ni. Haaih, nasib comel. Kalau tidak... *gelak jahat* Sekarang ibu semua tengah cari lagi sekor anak kucing sebabnya nak bagi kawan dengan Cici. Cici macam sunyi je dekat rumah ni walaupun rumah kitaorang ni macam tunggang pecah semuanya. Hahaha.
*when Cici was a baby*
Okay, malas nak cerita banyak-banyak. Bukan apa, kang terbabas dari tajuk pula tak pasal-pasal. Lepastu mengarut, merepek, meraban semua ada. Baik Ateyn stop sini je. Hahaha. Um, terima kasih baca entri Ateyn yang kali ni. Maaf kalau ada typo atau apa-apa je lah kan? Ateyn bila update blog memang selalu terlebih excited. Okay, nampak sakai kan? Haha. Tapi...kisah gua? Tak kan. Haa, terbabas dah Ateyn ni. Astagfirullahhalazim. Okay, bye readers. Selamat membaca. Assalamualaikum.