. about
. past
. links
. credits
.
SABAR ITU IMAN MENANGIS ITU MEMBERI KEKUATAN
Thursday, December 6
Assalamualaikum hi. Maaf, lama tak mengemas kini blog ni. Komputer haritu rosak.
Okay, tak perlu bagitahu pun sebenarnya. Hm, rasanya sekarang ni Ateyn langsung tak ada mood tapi gagahkan diri untuk kemas kini blog ni. Lama sangat tak kemas kini. Kesian blog Ateyn. Hahaha. Okay, sebenarnya tak lawak. Hm.
Korang pernah tak rasa tekanan yang sangat-sangat melampau? Hm...mestilah pernah kan? Hahaha. Itulah yang Ateyn rasa sekarang. Tekanan yang sangat melampau. Sampai rasa otak ni macam nak terkeluar. Ateyn cuba untuk tanya diri sendiri. "Apa masalah aku yang sebenarnya?" "Apa yang aku nak?" "Semua rezeki yang Allah bagi dekat aku masih tak cukupkah?" Tapi jawapannya hanyalah..."Aku tak tahu," Jiwa ni rasa terseksa sangat. Hari ni dah 4 biji painkiller Ateyn makan. Waaaaah, tapi langsung tak berkesan. Haha. Agak lawak. Itulah, Ateyn faham ini semua dugaan Allah tapi hati ni masih tak boleh terima. Ateyn cuba untuk redha tapi...susah sangat. Kadang-kadang terfikir juga, macam manalah orang lain hadapi semua dugaan kan? Hahaha. Impossible... Hm, tak apa lah. Semua orang dugaannya lain-lain kan? Kita nak atau tak nak, tetap kena terima. Itulah cara Allah duga manusia. Allah nak duga tahap kesabaran kita. Jagi kita kenalah sabar menghadapinya. Hihi.
Betul kata orang kan..."menitiskan air mata boleh buat kita lupakan segala masalah kita." Hahaha. Tadi Ateyn menangis tiba-tiba. Macam asdjfghkl... Mungkin Ateyn terlampau fikirkan masalah. Itu yang sampai menangis. Okay, jatuh maruah I sebab menangis. #Ceeeeeeeeeeeedeyh Tapi lepas dah menangism hati rasa tenang sangat. Dan lagi satu, SOLAT. Solat adalah cara yang berkesan untuk tenangkan hati yang resah dan gelisah. Mohon pada Allah untuk kuatkan iman dan tabahkan hati. Kita senagai manusia memang sudah lali dengan pelbagai masalah. Ingat! Disaat kita jatuh, Allah pasti membantu. Tengok, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. KITA? Renungkanlah... Kita lebih sayangkan manusia sesama kita berbanding Allah bukan? Iya, mulut kata "Aku sayang Allah." tapi hati? Hahaha. Sepatutnya biar mulut berkata, "Aku sayang manusia sesama aku," dan biar hati mengatakan "Aku sayang Allah." "Kasih sayang yang abadi hanya di akhirat sahaja"
Okaylah, segalanya Ateyn dah luahkan pada Allah dan dekat blog ni. Alhamdulillah, hati ni rasa makin lapang. Dan rasa seronok. Maaf kalau ada yang typo atau apa-apa lah kan? Hahaha. Bye korang. Assalamualaikum.